Salam.


ini kali pertama aku menulis kembali sejak hilang tanpa jejak untuk hampir setahun.kesiann blog kesayangan yang sepi ditinggal tanpa penghuni.nasib lah kerana bertuankan seorang bakal loyar kann. ;D


sekarang hidup tak sama macam dulu. kalau dulu balik kelas boleh tido puas-puas dan bergoyang kaki pun masih boleh dapat pointer gempak masa ujian akhir sem. tapi sekarang bila tabiat-tabiat itu nak diulang kembali memang mintak halau dari sekolah lah namanya. kalau dulu pegi kelas pukul 8 dan by 4 mesti dah boleh berpoya-poya. tapi sekarang selagi jarum jam tak menjangkau pukul 9 mlm batang hidung pintu bilik jgn haraplah nampak. itu baru BLS. nanti kalau LL.B tak tahulah macam mana.teringat yang seseorang pernah berkata, "kalau PM tgk budak LL.B kita, dia pun menangis kerana tak sangka ada org yg lagi busy daripada beliau". entah betul atau tidak. yang pasti,baru sem 2 BLS pun dah rasa macam final sem LL.B. (okay, exaggerate lah kau ni! :P)


sekarang musim cuti belajar.4 hari sahaja. NICE. VERY NICE. mmg exam aku nanti soalan dia objektif sahaja dan tak ada essay pjg2 yang perlu diletak kes-kes yang beraneka jenis tu kann.urghh! tension macam ni. boleh naik gila tahu tak. tapi tak boleh salahkan sekolah. ini masalah diri sendiri nih. bila disuruh buat nota awal2, aku sengih je macam kerang busuk. sekarang, padan muka diri sendiri. utk exam ni aku ada ratusan kes nak kena indulge. ratusan dan mungkin ribuan muka surat buku yang nak kena bukak. ratusan dan mungkin ribuan perkataan yang kena tulis. jadi, sila lah doakan yang baik-baik sahaja untuk aku.terima kasih. :)


ini kali kelapan aku duduk ujian akhir sem sbg pelajar sekolah ini. terima kasih. aku sayang sekolah aku. betul-betul syg. :)


hidup yang makin indah. :D