Pembaca dihormati,

saya bukan nak memburukkan keadaan..jauh sekali mahu menimbulkan lebih banyak kontroversi atau spekulasi yang mampu mengganggu gugat keamanan dalam negara Malaysia yang kita sama-sama cintai ini..ok,saya mungkin kedengaran poyo dan sengal untuk entry kali ini..tidak mengapa..ini satu lontaran pendapat yang saya kira naif namun saya tidak melihat ini sebagai satu kesalahan untuk berkongsi buah fikiran saya,sekadar memberi pandangan..setuju,terima kasih..tidak setuju,terpulang..kebebasan bersuara kan.. :)


isu terhangat hari-hari ini ialah tentang penggunaan nama Allah oleh org bukan Islam dalam artikel keagamaan mereka..secara ringkasnya,saya menentang idea ini..sebabnya...beginilah.....

pertama sekali,lihat sekeliling..soalan saya mudah..adakah orang melayu muslim hari ini mampu menangkis sebarang bentuk propaganda oleh orang-orang bukan Islam yang berusaha keras sedaya upaya mereka untuk memesongkan akidah umat islam hari ini?..bagi yang mengetahui dan mendapat pendidikan agama yang sewajarnya,ini bukan satu cara kukuh untuk menarik minat mereka untuk sewenang-wenangnya terpengaruh dengan sebarang bentuk cubaan kritikal yang cuba membawa akidah mereka lari dari jalan yang diredhai-Nya..tapi,bagi yang jahil,yang gagal mendapat pendidikan agama yang wajib mereka ketahui sebagai seorang Muslim, usaha-usaha ini dengan mudah mampu merosakkan kepercayaan dan akidah mereka lantas memecahbelahkan umat Islam kita..

Penggunaan nama Allah itu nanti diKHUATIRI akan MENGELIRUKAN golongan Muslim yang jahil dan secara tidak langsung memberi impak yang SANGAT BURUK kepada akidah mereka..Orang Islam itu tidak semua nya jahil, ya..saya merujuk kepada mereka-mereka diluar sana yang punya sangat lemah pengetahuan tentang agama sendiri..kami menentang kerana kami khuatir satu hari nanti saudara-saudara kami terkeliru dengan dakwah yang cuba disampaikan oleh orang bukan Islam dalam menyebarluaskan agama mereka..

Saya antara mereka-mereka yang beranggapan bahawa penggunaan nama Allah bagi menggantikan istilah God dalam bahasa melayu adalah satu usaha yang tidak wajar..spt yg kita ketahui,god maksudnya tuhan..hujah yang mengatakan bahawa tuhan dalam bahasa arab boleh diterjemahkan sebagai Allah adalah satu hujah daif,pada perkiraan saya..ini kerana,melalui pembacaan2 saya sebelum ini,perkataan god itu dalam bahasa arab lebih tepat jika diterjemahkan sebagai Rabbi atau Ilah..Perkataan Allah itu sebenarnya, (melalui pembacaan saya), adalah satu nama khas,yang antara lain bermaksud,Allah itu adalah satu nama yang eksklusif yang sememangnya milik orang Islam sahaja..adalah tidak betul untuk menterjemahkan nama khas untuk satu perkataan atau nama am,tuhan umpamanya..setuju?

saya terkilan kerana ada segelintir umat Islam yang tidak langsung peka dengan isu ini dan menerima bulat2 cadangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam..isu ini juga nampaknya telah dipolitikkan oleh mereka-mereka yang dangkal pengetahuan agama yang punya misi peribadi dalam merebut kuasa dan mencari populariti bagi memancing "undi" dan minat orang bukan Islam!..yelah,pilihan raya umum sarawak kan makin dekat!..taktik busuk pemimpin parti haluan kiri yang terdesak!!..(marah ni!!))

ok.itu sahaja.fikirkanlah.. :)

minta maaf.ini bukan kritikan pedas buat rakan bukan muslim.ini pendapat naif dari saya.terima kasih kerana membaca. :)

0 siren berbunyik:

Post a Comment